Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat 16.5 mata kepada 1,607.5, kontrak November 2026 dan Disember 2026 menambah 17.0 mata masing-masing kepada 1,609.0 and 1,615, kontrak Mac 2027 naik 16.0 mata kepada 1,600.5.
Jumlah dagangan merosot kepada 8,266 lot daripada 9,132 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,870 berbanding 48,437 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.44 mata atau 0.47 peratus kepada 1,608.45 berbanding 1,601.01 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA