BERITA TERKINI   Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Samalaju, Sarawak - TPM Ahmad Zahid | Pertikaian takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah diselesaikan melalui saluran sah, berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 - Raja-Raja Melayu | Malaysia pertimbang teknologi 'modern policing' digunakan China perkukuh pencegahan jenayah kawasan berisiko tinggi di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | Raja-Raja Melayu menyeru pihak luar tidak mencampuri atau mempolitikkan krisis institusi takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan | Bantuan khas kewangan RM1,000 manfaatkan sekitar 38,000 pemandu teksi, kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara – PM Anwar | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Prospek Bekalan Thailand

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki penurunan niaga hadapan getah serantau apabila jangkaan peningkatan bekalan bahan mentah dari Thailand susulan musim kemuncak pengeluaran negara itu menjejaskan sentimen.

Seorang peniaga berkata jangkaan peningkatan bekalan bahan mentah itu menyebabkan niaga hadapan getah Jepun merosot, selain keadaan hujan yang semakin reda dan harga bahan mentah Thailand yang dijangka melemah pada Oktober.

Ad Banner

Sentimen turut terjejas oleh permintaan tayar yang lemah, pasaran automotif domestik China yang lembap serta aktiviti penambahan stok yang perlahan oleh pengeluar tayar berikutan kos bahan mentah yang kekal tinggi.

“Bagaimanapun, penurunan itu dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah yang didorong kebimbangan terhadap bekalan susulan perkembangan geopolitik serta data perdagangan China yang lebih kukuh daripada jangkaan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) Lembaga Getah Malaysia susut 13.5 sen kepada 1,050.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal tidak berubah pada 781 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA