BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.

Seorang peniaga berkata harga didorong oleh aktiviti pengambilan untung, import getah China dan harga minyak mentah yang rendah serta inflasi Amerika Syarikat (AS) yang meningkat, mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah.

Ad Banner

“Ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS turut memberi impak kepada harga,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa import China yang rendah telah menjejaskan prospek permintaan, dengan jumlah import getah asli dan sintetik merosot 20.8 peratus tahun ke tahun kepada 588,000 tan pada September.

Selain itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) AS meningkat 0.6 peratus pada September dan 3.7 peratus tahun ke tahun, meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, katanya penurunan selanjutnya dikekang oleh bekalan bahan mentah yang terhad manakala peluasan kemudahan pembuatan dan rantaian bekalan pengeluar automotif China di Eropah berpotensi memberikan sokongan tambahan kepada harga getah.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 23.5 sen kepada 1,026.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat dua sen kepada 783 sen sekilogram.

-- BERNAMA