BERITA TERKINI   Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan -- KPM | Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan -- KKM | Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | 

CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum MCMC

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd menerima penganugerahan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Anak syarikat milik penuh CelcomDigi, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) memperoleh 2x20 megahertz (MHz) dalam jalur frekuensi spektrum 2600MHz dan 2x5MHz dalam jalur frekuensi spektrum 900MHz dengan jumlah harga sebanyak RM381.75 juta.

Dalam satu kenyataan, CelcomDigi memaklumkan bahawa peruntukan spektrum 2x20MHz dalam jalur 2600MHz adalah bagi tempoh empat tahun, manakala peruntukan spektrum 2x5MHz dalam jalur 900MHz adalah untuk tempoh lima tahun.

Ad Banner

“Jalur frekuensi spektrum baharu ini akan meningkatkan kecekapan perbelanjaan modal syarikat dan akan memperkukuh kapasiti rangkaian dan kualiti perkhidmatan bagi menyokong peningkatan permintaan pelanggan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan,” menurut syarikat itu. 

Syarikat telekomunikasi itu juga menjelaskan bahawa peruntukan tersebut membolehkan pemilikan spektrum berterusan bersaiz 2x40MHz dalam jalur frekuensi spektrum 2600MHz, serta menambah baik kedudukan spektrum syarikat dalam jalur frekuensi spektrum 900MHz bagi menyokong liputan yang lebih meluas di seluruh negara.

Sementara itu, Maxis memperoleh tambahan spektrum 2x10MHz pada jalur 2600MHz dengan bayaran pendahuluan RM203 juta, serta komponen bayaran tahunan yang perlu dijelaskan sepanjang tempoh peruntukan tersebut, yang berjumlah RM84 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Maxis menyatakan bahawa tempoh peruntukan spektrum tersebut adalah selama empat tahun.

-- BERNAMA