BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

Malaysia Perkukuh Piawaian, Akreditasi Untuk Tingkat Daya Saing Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh piawaian dan akreditasi sebagai pemacu strategik daya saing ekonomi, keyakinan industri dan akses ke pasaran global, menurut Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Agensi itu yang beroperasi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merupakan badan piawaian dan akreditasi kebangsaan.

Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob ketika membacakan ucapan bagi mewakili menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata piawaian dan akreditasi tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai keperluan pematuhan.

Ad Banner

“Piawaian dan akreditasi perlu dilihat sebagai aset ekonomi strategik yang meningkatkan keyakinan perniagaan, memudahkan akses pasaran dan menyokong daya saing Malaysia dalam rantaian nilai global,” katanya bersempena dengan Sidang Kemuncak Standard dan Akreditasi 2026 di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan kepentingan memperkukuh peranan Malaysia dalam pembangunan piawaian antarabangsa khususnya ketika industri menghadapi kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan, pendigitalan, kemampanan, keselamatan siber dan keperluan rantaian bekalan global yang terus berkembang.

Sementara itu, Johari memberitahu, melalui penglibatan berterusan MITI dan JSM dengan pihak industri serta komuniti piawaian antarabangsa, Malaysia dapat memperkukuh keupayaannya iaitu menjangka keperluan pasaran membangun.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, langkah ini akan meningkatkan kesiapsiagaan industri dan membolehkan negara menyumbang secara lebih aktif kepada pembangunan piawaian yang membentuk perdagangan global dan amalan industri.

Dalam pada itu, JSM memberitahu, sidang kemuncak itu menegaskan infrastruktur kualiti Malaysia bukanlah matlamat akhir sebaliknya merupakan asas penting bagi pertumbuhan ekonomi, inovasi, keyakinan pasaran dan daya saing antarabangsa.

“Ketika Malaysia bergerak ke arah ekonomi yang lebih dipacu teknologi, mampan dan saling terhubung dengan pasaran global, piawaian dan akreditasi akan terus menjadi asas penting dalam membina kualiti, kepercayaan dan daya saing,” jelas JSM dalam kenyataan itu.

-- BERNAMA