BERITA TERKINI   KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi | Jerebu: MPOB teruskan libat urus dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia - Fahmi | Lima rakyat Malaysia ditahan bawa kokain di Jepun dipercayai keldai dadah, terima ganjaran RM8,000 seorang - Polis | Dadah lebih 500kg yang dirampas di Laos ditempah warga Filipina - Pengarah JSJN Bukit Aman | 

MITI Perkukuh Daya Saing Industri, Keupayaan Syarikat Tempatan Melalui Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi penekanan kepada usaha memperkukuh daya saing industri serta meningkatkan keupayaan syarikat tempatan menerusi inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2027.

Timbalan Menteri Sim Tze Tzin berkata pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal sebagai teras strategik kementerian bagi memastikan kemampanan rantaian bekalan domestik serta meningkatkan daya saing syarikat tempatan.

“Melalui Geran Bantuan Pensijilan Halal, bantuan sehingga RM5,000 bagi pemohon kali pertama dan RM25,000 bagi sektor bernilai tinggi disediakan untuk membantu syarikat memenuhi keperluan pensijilan halal dan memperluas akses pasaran.

Ad Banner

“Inisiatif ini menyasarkan 4,000 syarikat, dengan unjuran peningkatan jualan antara 20 hingga 30 peratus dan penciptaan sehingga 8,000 peluang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha ini turut diperkukuh melalui kemudahan jaminan pembiayaan dan insentif potongan cukai korporat bagi membantu PMKS mengembangkan perniagaan dan menembusi pasaran global.

Bagi memacu agenda pemodenan perindustrian, Sim berkata MITI akan memperkukuh pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menerusi Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) dan Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Katanya, dana itu masing-masing diperuntukkan sebanyak RM200 juta, dengan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM400 juta.

“Dana ini bertujuan mempercepat penerapan automasi, teknologi penyahkarbonan dan kejuruteraan termaju dalam kalangan pengilang tempatan. Pada masa yang sama, CoSIF berperanan menggalakkan pelaburan bersama sektor awam dan swasta dalam industri berimpak tinggi.

“Pelaburan bersama itu meliputi kenderaan elektrik (EV), tenaga boleh baharu (TBB) dan inovasi bahan termaju, sekali gus meningkatkan daya saing industri serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global,” tambahnya

-- BERNAMA