BERITA TERKINI   JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi Bnm

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.

Bank pusat itu menjalankan operasi mudah tunai setiap hari sepanjang minggu ini melalui tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam, merangkumi perjanjian murabahah komoditi bercagar serta perjanjian jual dan beli balik bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM43.10 bilion daripada RM37.20 bilion pada minggu lepas.

Ad Banner

Sementara itu lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut sedikit kepada RM28.10 bilion daripada RM29.26 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 22 Okt, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner