BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah Matang Bhd menggantung tugas ketua pegawai kewangan yang juga ketua pegawai operasinya berkuat kuasa hari ini bagi memudahkan urusan penyiasatan dalaman | 

Rangka Kerja Perdagangan Elektronik Baharu BNM Ganti Dasar 2029 Mulai 1 Nov

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Rangka Kerja baharu untuk Platform Dagangan Elektronik (ETP) mulai 1 Nov depan, yang akan menggantikan rangka kerja 2019 sedia ada.

Rangka kerja itu menetapkan keperluan dan jangkaan untuk peserta pasaran yang menyediakan perkhidmatan platform dagangan elektronik dalam pasaran kewangan borong Malaysia, khususnya pasaran wang serta pertukaran asing.

Pengendali platform yang layak dikehendaki mendapatkan kelulusan BNM sebelum menawarkan perkhidmatan sedemikian di Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“(Sementara itu), pengendali yang menawarkan perkhidmatan perdagangan elektronik untuk instrumen di luar skop rangka kerja mesti mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, jika berkenaan,” kata BNM melalui satu kenyataan hari ini.

Bank pusat itu berkata rangka kerja itu, yang pertama kali dikeluarkan pada 2019, terhasil daripada semakan berterusan susulan maklum balas daripada industri dan peserta pasaran mengenai perkara ETP bagi memastikan ia terus relevan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner