BERITA TERKINI   Seorang anggota APMM maut, dua lagi cedera semasa operasi di perairan Kuala Perlis malam tadi. -- Ketua Polis Daerah Kangar | Surat pemakluman pembubaran DUN Sarawak telah dihantar ke SPR hari ini - Speaker | Kerajaan teliti langkah segera perbaiki tadbir urus GLC, GLIC termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang milik entiti kerajaan - PM Anwar | Kerajaan setakat ini tidak mengenal pasti pelanggaran tadbir urus dalam GLC, GLIC seperti yang berlaku dalam 1MDB dan Tabung Haji - PM Anwar | Parlimen: Institusi GLIC, GLC jaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam perlu jadi contoh tadbir urus baik, integriti - PM | 

AHTV Catat Pelaburan Direalisasikan RM7 Bilion Bagi Tempoh 2018-2026

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak mencatatkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM7 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2026, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin. 

Beliau berkata jumlah itu adalah 23.3 peratus daripada anggaran jumlah keseluruhan pelaburan berkaitan pembangunan ekosistem AHTV sebanyak RM30 bilion sehingga 2035, termasuk daripada Geely. 

Katanya AHTV merekodkan pertumbuhan pesat dalam penawaran peluang pekerjaan didorong oleh kepesatan pelaburan dan pembangunan infrastruktur.

Ad Banner
Ad Banner

“Jumlah tenaga kerja yang bermula dengan kira-kira 2,000 orang pada 2018 telah berkembang pesat kepada 9,300 orang pada 2026 dan diunjurkan mencapai 22,800 orang menjelang 2030,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang meminta penjelasan mengenai jumlah dan senarai terperinci projek yang telah direalisasikan daripada komitmen pelaburan berjumlah US$10 bilion oleh Geely di Tanjung Malim.

Katanya antara pencapaian utama yang telah direalisasikan sepenuhnya ialah menaik taraf kemudahan pembuatan Proton di Tanjung Malim termasuk pengembangan kapasiti dan keupayaan pengeluaran yang merangkumi pengeluaran enjin dan transmisi generasi terkini dengan teknologi baharu. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi tempoh 2025 hingga 2026, katanya pembangunan dan penaiktarafan kemudahan industri turut merangkumi kilang pengeluaran kenderaan elektrik.

-- BERNAMA