BERITA TERKINI   Malaysia, Thailand bersetuju bentuk jawatankuasa untuk lapor, semak kemajuan Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan - Mohamad Hasan  | Malaysia akan bangkitkan isu jerebu rentas sempadan pada AMM menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 bulan depan - Mohamad Hasan | ACLE: JDT 3-0 Port FC | PM Anwar tekad bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing | Kes Laskar Kanan Maritim meninggal dunia: PM Anwar kecewa dengan tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$3,997.6 setiap auns troy daripada US$4,017.3 pada Isnin manakala kontrak November 2026 menurun kepada US$4,013.3 daripada US$4,033.0 sebelumnya.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing kekal pada US$4,028.0 setiap auns troy, tidak berubah ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan turun kepada 71 lot daripada 94 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 153 kontrak daripada 177 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,023.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 26 Okt, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner