BERITA TERKINI   Malaysia, Thailand bersetuju bentuk jawatankuasa untuk lapor, semak kemajuan Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan - Mohamad Hasan  | Malaysia akan bangkitkan isu jerebu rentas sempadan pada AMM menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 bulan depan - Mohamad Hasan | ACLE: JDT 3-0 Port FC | PM Anwar tekad bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing | Kes Laskar Kanan Maritim meninggal dunia: PM Anwar kecewa dengan tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menyusut sedikit kepada 4.0865/0900 berbanding dolar AS, daripada paras 4.0855/0895 pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah Brent kekal tinggi pada sekitar US$116 setong, menunjukkan risiko inflasi lebih tinggi yang mungkin mempengaruhi pendirian dasar monetari FOMC.

“Buat masa ini, ringgit agak stabil walaupun ketidakpastian yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4412/4458 daripada 5.4517/4570 pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5903/5927 daripada 5.961/5988 serta naik berbanding euro kepada 4.5524/5563 daripada 4.5774/5819.

Ringgit juga ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1883/1913 daripada 3.1920/1954 pada Isnin, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 225.0/225.3 daripada 225.3/225.5, menokok berbanding peso Filipina kepada 6.36/6.37 daripada 6.39/6.40, namun menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.1010/1160 daripada 12.0766/0930 sebelumnya.

-- BERNAMA