BERITA TERKINI   Kelantan beri bantuan khas kewangan RM1,500 kepada penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak - MB | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Deepavali dilaksanakan mulai 4 hingga 10 Nov, libatkan 11 barangan - Armizan | KDN putuskan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dikembalikan semula ke PDRM - Saifuddin Nasution | Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung sepenuhnya yuran pengajian anak peserta peroleh semua A dalam SPM, PNGK 4.00 STPM | KDN tunggu tarikh tarikh kuat kuasa pindaan peruntukan kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia - Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada sesi awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa Oktober 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,619.5, November 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 8.5 mata kepada 1,621.5 dan 1,610.5 manakala Disember 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,624.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,079 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 51,067 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, selepas 50 minit dagangan dijalankan, indeks penunjuk utama FBM KLCI naik 4.83 mata kepada 1,618.70 daripada paras penutup 1,613.87, semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner