Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2026 dan November 2026, masing-masing menurun 6.0 mata kepada 1,602.0 dan 1,606.0, Disember 2026 merosot 7.5 mata kepada 1,607.0 dan Mac 2027 berkurangan 8.0 mata kepada 1,592.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,375 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,982 kontrak.
Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI menurun 4.11 mata kepada 1,607.05 daripada 1,611.16 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA