BERITA TERKINI   UEM Sunrise dan AME Elite Consortium bentuk usaha sama untuk bangun taman perindustrian bernilai RM4.0 bilion di Gerbang Nusajaya. | Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | 

Shell Selesai Pindahkan Perniagaan Stesen Petrol Indonesia Ke Sefas Group

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 30 Okt (Bernama) -- Shell Indonesia telah menyelesaikan pemindahan perniagaan stesen minyaknya kepada syarikat Indonesia, SEFAS Group, meliputi kira-kira 200 cawangan di seluruh negara, sambil mengekalkan jenama Shell di bawah perjanjian pelesenan.

Pengurusan Shell berkata perniagaan itu kini akan beroperasi melalui PT Isla Energy Indonesia, yang dimiliki oleh SEFAS Group, dengan lebih 160 daripada kira-kira 200 stesen minyak adalah milik syarikat.

Ad Banner
Ad Banner

Pemindahan itu juga meliputi operasi bekalan dan pengedaran bahan api yang berkaitan, serta terminal bahan api di Gresik, Jawa Timur.

 

“Di bawah perjanjian pelesenan jenama, jenama Shell akan terus digunakan di seluruh rangkaian stesen minyak PT Isla Energy Indonesia, dan pelanggan akan terus mendapat akses kepada produk bahan api Shell,” kata syarikat itu, menurut agensi berita negara Antara hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Shell berkata pemindahan pemilikan itu tidak melibatkan perniagaan pelincirnya di Indonesia.

Pada Ogos, SEFAS Group mengumumkan perjanjian untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan stesen minyak Shell di Indonesia, dengan penyiapan tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan syarat lazim yang lain.

Perjanjian itu menyusuli pengumuman Shell pada Mei 2025 mengenai rancangan untuk memindahkan perniagaan itu kepada usaha sama yang melibatkan Citadel Pacific dan SEFAS Group, sebagai sebahagian daripada perubahan kepada pemilikan operasi runcitnya di Indonesia.

 

-- BERNAMA