BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin yang menjejaki peningkatan di pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, kontrak semasa November 2026 naik 3.5 mata kepada 1,621.0, Disember 2026 menokok 2.5 mata kepada 1,622.5, Mac 2027 meraih 1.5 mata kepada 1,606.5 manakala Jun 2027 kekal pada 1,605.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,833 lot daripada 10,295 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 44,918 kontrak daripada 51,161 kontrak sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.91 mata atau 0.24 peratus kepada 1,619.51 daripada paras penutup 1,615.60.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner