BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Shenzhen, China pada 12.29 tengah malam hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 12.88 mata atau 0.81 peratus kepada 1,575.15 daripada 1,588.03 semasa ditutup pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.42 mata kepada 1,584.61 dan bergerak antara 1,570.22 dan 1,585.10 pada sesi dagangan.  

Pasaran secara menyeluruh kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 959 berbanding 211 manakala 354 kaunter tidak berubah, 1,259 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.35 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 2.76 bilion unit bernilai RM2.33 bilion pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata jualan di Wall Street semalaman didorong oleh ketidaktentuan berkaitan Nvidia yang meningkat.

Beliau juga menyifatkan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat terhadap eksport cip AI termaju sebagai satu lagi faktor penyumbang.

“Bagaimanapun, dengan FBM KLCI hampir kepada paras terlebih jual dan penilaian saham yang menjadi semakin menarik, kami menggalakkan pembelian saham pada harga rendah yang terpilih, terutamanya saham mewah yang mempunyai asas kukuh dan menawarkan hasil dividen mampan.

“Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati terhadap prospek pasaran dalam masa terdekat dan menjangka indeks petunjuk pasaran berada dalam julat 1,560 hingga 1,590 mata dalam tempoh terdekat, dengan 1,560 mata menjadi paras sokongan penting,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun satu sen kepada RM9.97, CIMB berkurangan 12 sen kepada RM7.04, Tenaga Nasional merosot 16 sen kepada RM12.58 manakala Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.56 dan IHH Healthcare mendatar pada RM7.96.

Dalam dagangan aktif, MMAG menurun setengah sen kepada dua sen, MYDCD berkurangan 11 sen kepada 45 sen, GIIB merosot 2.5 sen kepada 15.5 sen, Nationgate menyusut 23 sen kepada RM1.45 manakala Zetrix AI tidak berubah pada enam sen.

Kaunter paling untung ialah Nestle meningkat 84 sen kepada RM95.26, Hengyuan Refining Company menambah 16 sen kepada RM3.01, United Plantations naik 12 sen kepada RM31.54, Master-Pack Group menokok 11 sen kepada RM1.54 dan FCW meningkat 10 sen kepada RM1.80.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries menurun RM1.90 kepada RM35.70, Kelington Group merosot 67 sen kepada RM6.80, MN Holdings menyusut 66 sen kepada RM2.70, ViTrox berkurangan 60 sen kepada RM9.00 dan UWC menurun 59 sen kepada RM5.58. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 149.00 mata kepada 11,612.55 dan Indeks FBM Top 100 merosot 133.35 mata kepada 11,464.38.

Indeks FBM Emas Shariah menurun 166.81 mata kepada 11,536.63, Indeks FBM ACE menyusut 246.47 mata kepada 4,758.38 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 357.91 mata kepada 16,405.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 98.65 mata kepada 18,440.91, Indeks Perladangan menyusut 30.66 mata kepada 8,820.30, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 3.01 mata kepada 166.94 dan Indeks Tenaga berkurangan 19.98 mata kepada 757.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.05 bilion unit bernilai RM3.14 bilion daripada 1.30 bilion unit bernilai RM2.08 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.02 bilion unit bernilai RM106.74 juta daripada 594.27 juta unit bernilai RM61.95 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.18 bilion unit bernilai RM325.84 juta daripada 859.38 juta unit bernilai RM192.09 juta pada Isnin.

Sementara itu, kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 277.79 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (530.72 juta), pembinaan (209.40 juta), teknologi (388.28 juta), perkhidmatan kewangan (84.48 juta), hartanah (107.75 juta), perladangan (38.71 juta), amanah pelaburan hartanah (16.21 juta), dana tertutup (104,400), tenaga (127.76 juta), penjagaan kesihatan (89.06 juta), telekomunikasi dan media (24.85 juta), pengangkutan dan logistik (43.54 juta), utiliti (113.35 juta) dan amanah perniagaan (12,100).

-- BERNAMA