BERITA TERKINI   Operasi SAR tragedi kepala air di Sungai Luit tamat, mangsa terakhir ditemukan - JBPM | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring dengan penurunan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Peniaga dari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng, berkata pasaran turut terjejas susulan penurunan harga minyak sayuran Dalian dan kebimbangan permintaan eksport dari Malaysia yang semakin perlahan.

Ad Banner
Ad Banner

"Kami melihat paras sokongan segera pada RM4,400 setan metrik dan paras rintangan pada RM4,600 setan metrik, dengan sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati berikutan penurunan harga minyak sayuran pesaing dan harga tenaga,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2026 susut RM112 kepada RM4,224 setan metrik, manakala kontrak Januari 2027 turun RM113 kepada RM4,348 setan metrik dan kontrak Februari 2027 susut RM111 kepada RM4,436 setan metrik.

Kontrak Mac 2027 berkurangan RM109 kepada RM4,519 setan metrik, April 2027 turun RM107 kepada RM4,590 setan metrik dan Mei 2027 susut RM104 kepada RM4,590 setan metrik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 136,280 lot daripada 105,227 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 343,322 kontrak daripada 340,814 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan turun sebanyak RM100 kepada RM4,230 setan metrik.

-- BERNAMA