Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan November 2026 meningkat kepada US$3,868.6 setiap auns troy berbanding US$3,864.40 ketika ditutup pada Isnin, manakala kontrak Disember 2026 mengukuh kepada US$3,883.5 daripada US$3,879.30, dan kontrak Januari 2027 menambah kepada US$3,884.6 daripada US$3,880.40.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing meningkat kepada US$3,912.5 setiap auns troy berbanding US$3,908.30 ketika ditutup sebelumnya. 

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan merosot kepada 64 lot berbanding 102 ketika ditutup pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 124 kontrak daripada 160 sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,878.25 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 16 November 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner