BERITA TERKINI   PM Anwar hadir Sidang Kemuncak CEO APEC 2026 bagi menyampaikan ucaptama di Pusat Persidangan Antarabangsa Qianhai (QICC) di Shenzhen hari ini | 

Industri Perancis Boleh Jadi Pelanggan Utama Perkhidmatan Pengkomputeran AI- Francis Yeoh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Industri teknologi canggih Perancis berpotensi menjadi pelanggan utama bagi perkhidmatan pengkomputeran kecerdasan buatan (AI), kata Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd, Tan Sri Francis Yeoh.

Mengulas mengenai perbincangannya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron di acara 'Choose France', di sini, hari ini, Yeoh berkata ketidakpastian berhubung pembangunan pusat data berskala besar di Amerika Syarikat boleh mewujudkan peluang bagi Perancis untuk menarik pelaburan dalam infrastruktur AI. 

Ad Banner
Ad Banner

“Kekuatan Perancis dalam tenaga nuklear yang bersih dan terjamin, serta sektor pembuatan yang canggih, boleh menjadikannya destinasi yang menarik bagi pelaburan dalam infrastruktur AI,” katanya kepada Bernama.

Macron berada di sini bersempena dengan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yeoh berkata industri Perancis boleh memanfaatkan kapasiti pengkomputeran yang disediakan oleh pusat data untuk meningkatkan produktiviti, memacu inovasi, serta mengukuhkan daya saing industri.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut menyifatkan Macron sebagai seorang yang tajam daya pemerhatiannya serta pendengar yang penuh perhatian, sambil menyatakan kekagumannya terhadap pemahaman presiden itu mengenai hal ehwal global dan kerumitan ekonomi dunia.

-- BERNAMA