BERITA TERKINI   KLCC Property Holdings Bhd catat keuntungan bersih RM203.87 juta pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026 | MySiren tidak ada akses kepada data peribadi peranti pengguna - Fahmi | Fahmi lancar Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren), perkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai | Ujian Sistem Amaran Nasional (MySiren) akan dilakukan pada 10.10 pagi 29 Nov ini - Fahmi | PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa umum keluar parti PDP berkuat kuasa semalam | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Penurunan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau serta penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga minyak merosot apabila jangkaan lebihan bekalan global yang semakin meningkat mengatasi kebimbangan berhubung serangan baharu terhadap perkapalan dan infrastruktur tenaga di Teluk.

Ad Banner

Ketika ini, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 0.84 peratus kepada US$82.71 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah Brent turun 0.86 peratus kepada US$91.77 setong.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Disember.

Pasaran masih menjangkakan kadar faedah AS kekal tinggi, sama ada melalui pengekalan dasar monetari ketat atau kenaikan kadar faedah selanjutnya oleh Fed, dan perkembangan ini sekali gus menyokong dolar AS, katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, katanya, penurunan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi AS yang berdaya tahan serta kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan susulan hujan lebat di selatan Thailand, yang sedikit sebanyak menyokong sentimen pasaran.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 12.5 sen kepada 955 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun tiga sen kepada 753.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA