BERITA TERKINI   KLCC Property Holdings Bhd catat keuntungan bersih RM203.87 juta pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026 | MySiren tidak ada akses kepada data peribadi peranti pengguna - Fahmi | Fahmi lancar Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren), perkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai | Ujian Sistem Amaran Nasional (MySiren) akan dilakukan pada 10.10 pagi 29 Nov ini - Fahmi | PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa umum keluar parti PDP berkuat kuasa semalam | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Isnin. 

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 meningkat 1.0 mata kepada 1,547.0 dan kontrak Disember 2026 kekal tidak berubah pada 1,546.0.

Kontrak Mac 2027 menambah 2.0 mata kepada 1,530.0, manakala kontrak Jun 2027 merosot 2.5 mata kepada 1,527.5. 

Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,404 lot berbanding 11,130 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,014 kontrak daripada 45,145 kontrak sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 7.46 mata kepada 1,549.05 berbanding 1,556.51 ketika ditutup pada Jumaat. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner