BERITA TERKINI   Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | Amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan hingga 27 Nov -MetMalaysia | Kerajaan Turkiye tidak bersedia terima pelarian Rohingya - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa. 

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 dan Disember 2026 meningkat 11.5 mata masing-masing kepada 1,558.5 dan 1,557.5. Kontrak Mac 2027 menokok 10.0 mata kepada 1,540.0, manakala kontrak Jun 2027 mengukuh 9.5 mata kepada 1,537.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 16,820 lot berbanding 8,404 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 51,749 kontrak daripada 43,014 kontrak sebelumnya. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 12.63 mata kepada 1,561.68 berbanding 1,549.05 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner