BERITA TERKINI   MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | 

DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM101.86 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) --  DRB Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM101.86 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 berbanding dengan kerugian bersih RM15.19 juta yang disaksikan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan meningkat kepada RM6.07 bilion pada suku ketiga 2026 daripada RM4.48 bilion, dipacu oleh pendapatan lebih tinggi merentasi semua segmen perniagaan, katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Peningkatan ketara dalam keputusan telah didorong oleh lonjakan sumbangan daripada segmen mobiliti, hartanah dan perbankan, disokong oleh jualan, prestasi operasi dan pengurusan kos yang lebih baik.

Ad Banner

Bagi sembilan bulan pertama 2026, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM177.42 juta daripada RM60.61 juta, dipacu oleh prestasi lebih kukuh dalam segmen mobiliti dan hartanahnya, di samping peningkatan sederhana dalam segmen pos.

Hasil untuk tempoh tersebut naik kepada RM16.34 bilion daripada RM12.73 bilion, disangga oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada segmen mobiliti, perbankan, pos dan perkhidmatan.

Konglomerat itu ketika mengulas mengenai prospek berkata ia akan terus membuka peluang untuk menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan merentas portfolio perniagaannya yang pelbagai dengan memanfaatkan teknologi, inovasi dan sinergi merentas semua segmen perniagaannya.

Ad Banner
Ad Banner

“Kumpulan menjangkakan prospek sederhana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026,” katanya.

-- BERNAMA