BERITA TERKINI   Bekalan elektrik putus: Semua 42,808 calon sedang duduki SPM di Sabah tidak terjejas - Pengarah Pendidikan Negeri | MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | 

Kerajaan Tidak Bercadang Gabung LHDN, JKDM Wujudkan Agensi Percukaian Tunggal

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang menggabungkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mewujudkan Agensi Percukaian Tunggal (Single Tax Authority) buat masa ini.

Penstrukturan itu dijangka berupaya meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara, membendung ketirisan cukai serta mengurangkan kos pematuhan dalam kalangan komuniti perniagaan.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan akan terus menambah baik tadbir urus sistem kutipan hasil cukai menerusi kedua-dua agensi itu, termasuk melalui perkongsian maklumat dan penguatkuasaan bersama, bagi meningkatkan kecekapan serta kemampanan usaha menangani ketirisan hasil.

Ad Banner

“Di samping itu, Kementerian Kewangan sentiasa bekerjasama dengan badan antarabangsa seperti Kumpulan Bank Dunia (WBG) bagi menambah baik model percukaian negara.

“Sesi libat urus dengan pakar percukaian tempatan turut diadakan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan cadangan untuk menambah baik dasar sistem percukaian negara,” menurut kementerian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai cadangan mewujudkan Agensi Percukaian Tunggal melalui penggabungan LHDN dan JKDM serta sejauh mana langkah itu mampu meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara, membendung ketirisan cukai dan mengurangkan kos pematuhan bagi komuniti perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA