Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.59 pagi, kontrak November 2026 menurun 10 mata kepada 1,573.50, Disember 2026 merosot 9.50 mata kepada 1,569.0, Mac 2027 berkurangan 10.50 mata kepada 1,550.50 manakala Jun 2027 tidak diniagakan dan tidak berubah daripada 1,551.0 semasa ditutup semalam.
Jumlah dagangan sebanyak 8,419 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 61,395 kontrak.
Bagaimanapun, pada 10.04 pagi, FBM KLCI meningkat 6.20 mata kepada 1,577.18 daripada 1,570.98 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA