2bulan ago
PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, malah menjadi pemangkin utama kepada agenda Maju Johor 2030, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.
2bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global.
2bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- ASEAN dan Rusia perlu memperluaskan kerjasama pelbagai hala dalam bidang seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.