Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian " jun 2026"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Menjelang Data Inflasi Utama AS

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan apabila pelabur menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras (PCE teras) bagi petunjuk mengenai trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Berlegar Dalam Julat 1,700 Hingga 1,730 Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,730 pada minggu hadapan, dengan potensi menguji paras atas julat tersebut sekiranya sentimen luaran kekal positif.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat di tengah-tengah jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akhir tahun ini, yang akan menyokong dolar AS dan memberi kesan kepada daya tarikan logam berharga itu. 

Dagangan Saham Ajinomoto Digantung Sehingga Pengumuman

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Dagangan dalam saham-saham Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB) akan digantung mulai 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin sementara menunggu pengumuman.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sedikit

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini berbanding dengan pasaran tunai.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi kadar asas  pasaran tunai.

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas US Dolar Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas unjuran agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan US dolar sehingga menjejaskan permintaan terhadap logam berharga itu.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi positif dalam pendasar pasaran tunai.

Scanwolf Peroleh Projek Substruktur Bernilai RM75 Juta Di KL

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd (SCB) memperoleh kontrak berjumlah  RM75 juta bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan substruktur melibatkan projek pembangunan bercampur 74 tingkat di Jalan Pavilion, Kuala Lumpur.