BERITA TERKINI   Keuntungan bersih IHH Healthcare meningkat kepada RM573 juta pada suku kedua Tahun Kewangan 2026 daripada RM443 juta pada tempoh yang sama tahun lepas | Kerajaan akan terus buka ruang, bina ekosistem dan perluas akses kepada usahawan Bumiputera - Ahmad Zahid | Usahawan Bumiputera perlu bina pemilikan, memperbesar skala dan mencipta penguasaan - TPM Zahid | Kerajaan MADANI tidak pernah keluarkan lesen, permit perjudian dan tambah premis judi baharu sejak ambil alih pentadbiran Persekutuan - MOF | RCI TH: Bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman tujuh hari hingga 2 Sept - Peguam | 

Terdapat 322 berita berdasarkan kata kunci carian " strategik"

Malaysia Kekal Pasaran Utama Scoot Susulan Permintaan Perjalanan Udara Kukuh

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) – Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Scoot, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Singapore Airlines (SIA), didorong oleh permintaan berterusan bagi perjalanan percutian dan perniagaan.

JOM MALAYSIA Platform Perkasa Produk Sabah Ke Pasaran Global

SANDAKAN, 25 Julai (Bernama) -- Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Keputusan Mengenai Perlumbaan F1 Terletak Di Bawah Bidang Kuasa KBS - Petronas

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan bahawa keputusan sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah semula perlumbaan Formula Satu (F1) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak berkuasa berkaitan.

Petros Teruskan Pembangunan Medan Minyak AKW, Bekal Gas Loji Janakuasa CCGT Miri

KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Projek Adong Kechil West (AKW) oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang seterusnya akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan pengeluaran dan infrastruktur untuk membekalkan gas ke loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) Miri, yang disasarkan beroperasi menjelang akhir 2027.

CGC Digital, Credit Bureau Malaysia Meterai MoU Bantu PMKS Perbaiki Kedudukan Kredit

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- CGC Digital dan Credit Bureau Malaysia (CBM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memahami kedudukan kredit mereka, sekali gus meningkatkan akses kepada pembiayaan. 

Penubuhan Simpanan Petroleum Negara Tepat Masanya, Susulan Ketegangan Geopolitik Berulang - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia mengkaji penubuhan Simpanan Petroleum Negara (NPR) adalah tepat pada masanya berikutan ketegangan geopolitik yang berulang di laluan perkapalan utama dunia, sekali gus menyerlahkan keperluan memperkukuh ketahanan tenaga negara untuk jangka panjang, menurut penganalisis.

AME REIT Beli Tanah Perindustrian Di Johor Bernilai RM50.2 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) membeli tiga lot tanah perindustrian pegangan bebas yang masih kosong dengan keluasan keseluruhan 3.59 hektar di i-Park @ Senai Airport City, Johor, bernilai RM50.2 juta, merupakan pembelian pertama melibatkan pihak ketiga sejak penyenaraiannya.

Penilaian Keperluan Stok Simpanan Strategik Panjangkan Tempoh Bekalan Petroleum Negara

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah kepelbagaian sumber bekalan dan penilaian keperluan stok simpanan strategik adalah penting bagi memanjangkan tempoh daya tahan bekalan petroleum negara melangkaui tempoh operasi semasa, menurut Kementerian Ekonomi.

Penjimatan Subsidi Diesel Dimanfaatkan Semula Bagi Perkukuh Program Bantuan Bersasar - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pengukuhan Ringgit Cerminan Asas Ekonomi Kukuh

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi. 

Maybank, CGIF Meterai MoU Perkukuh Pasaran Modal Mata Wang Tempatan ASEAN+3

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.

Entiti Eksport Baharu Indonesia Dijangka Beri Impak Kecil Terhadap Ekonomi -- RHB IB

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.