BERITA TERKINI   Malaysia sedia mengalu-alukan F1 kembali ke Sepang dengan pamer kemudahan bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra, di samping perkukuh hubungan dengan Bahrain - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada Putera Salman Hamad Al Khalifa, kerajaan Bahrain atas kepercayaan dan keyakinan terhadap Malaysia selaku tuan rumah GP Bahrain | Glasgow 2026: Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan cipta rekod baharu dalam acara clean and jerk | Glasgow 2026: Jaguh angkat berat Mohamad Aniq Kasdan sumbang emas pertama Malaysia selepas juarai kategori 60kg lelaki | Malaysia sah jadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 Bahrain pada 2 hingga 4 Okt ini - F1 | 

Keputusan Mengenai Perlumbaan F1 Terletak Di Bawah Bidang Kuasa KBS - Petronas

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan bahawa keputusan sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah semula perlumbaan Formula Satu (F1) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak berkuasa berkaitan.

Menurut syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, memaklumkan ia menyedari kemungkinan kejohanan itu kembali ke negara ini pada tahun ini.

Ad Banner

Sebagai entiti perniagaan, Petronas akan terus meneroka peluang yang seiring dengan keutamaan strategik dan komersialnya, selain menyampaikan nilai mampan jangka panjang untuk negara,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kementerian itu sedang mengadakan perbincangan dan menilai kemungkinan perlumbaan F1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), berikutan maklumat awal diperoleh menyatakan Malaysia boleh menjadi tuan rumah perlumbaan gantian jika Grand Prix Bahrain tidak dapat diteruskan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KBS telah menerima maklumat awal mengenai cadangan itu, dan perkembangan lanjut akan diumumkan sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Grand Prix F1 pada 2017, bagaimanapun SIC kekal dalam kalendar MotoGP dan mengekalkan lesen Gred 1 FIA yang diperlukan untuk menganjurkan perlumbaan F1.

Pada 2024, Petronas, rakan kongsi kepada pendahulu F1 ketika ini aitu pasukan Mercedes F1, dilaporkan merancang untuk membawa semula perlumbaan itu ke negara ini pada 2026, satu dakwaan yang dinafikan.

Petronas telah menaja pasukan Mercedes F1 sejak 2010.

Sementara itu, SIC terus menganjurkan perlumbaan MotoGP dan acara sukan permotoran yang lain.

Pada Oktober, 2023, Petronas memenangi hak penamaan litar itu selama tiga tahun.

Musim F1 2026 pada asalnya dijadualkan sebagai kejohanan 24 perlumbaan, dan penambahan perlumbaan gantian akan memenuhi perjanjian penyiaran serta boleh membawa kembali jumlah perlumbaan kepada 22 atau 23.

-- BERNAMA