BERITA TERKINI   PRN Sarawak: GPS sasar menang 80 kerusi berdasarkan kejayaan PRN lalu - Abang Johari | Usahawan automotif Bumiputera perlu tingkat keupayaan teknikal, jadi pembekal OEM tembus pasaran antarabangsa - TPM Ahmad Zahid | MATEC 2027 sasar jualan usahawan automotif Bumiputera cecah RM100 juta berbanding RM63.7 juta tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Pembiayaan RM1 juta skim MARA Integrated Smart Auto perlu disalurkan kepada usahawan automotif berpotensi - TPM Ahmad Zahid | MARA perlu teroka peluang usaha sama dengan pengeluar utama, tingkat pemilikan Bumiputera dalam industri automotif - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 930 berita berdasarkan kata kunci carian "st"

Konsortium Diketuai Macquarie Ambil Alih Menara Edotco Asia Pasifik Bernilai US$1.2 Bilion

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 23 Nov (Bernama) -- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Macquarie Asset Management (MAM) pada Isnin memeterai perjanjian mengikat bagi mengambil alih perniagaan menara telekomunikasi antarabangsa Edotco Group Sdn Bhd di lima pasaran Asia Pasifik bernilai US$1.2 bilion (US$1=RM4.12).

iCents Group Raih Tiga Kontrak Bernilai RM85.69 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya VC Engineering Sdn Bhd dan Maytech Cleanroom Manufacturing Sdn Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai keseluruhan RM85.69 juta dalam sektor pusat data dan semikonduktor.

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

MRO Aeroangkasa Jana Hasil RM13 Bilion Pada 2025, Kerajaan Tambah Baik Insentif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.

Untung Bersih Suku Ketiga KPJ Healthcare Naik Kepada RM106.31 Juta, Umum Dividen 1.20 Sen

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Emits Bhd Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Catat Lebihan Langganan 6.4 Kali

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.

Keuntungan Bersih KSL Suku Ketiga Meningkat 3.0 Peratus Kepada RM104.94 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

KLCCP Stapled Group Catat Untung Bersih RM203.87 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS, Pelabur Teliti Dasar Monetari Ketat Fed

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur kekal berhati-hati susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada mesyuarat bulan depan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan Saham Wajaran Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti penjualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor utiliti terus menjejaskan sentimen pasaran.

Pelaburan RM200 Juta Kilang Penapisan Minyak Sawit Perkukuh Industri Hiliran Sawit Kelantan

KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Pembukaan kilang penapisan minyak sawit baharu bernilai RM200 juta di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II di sini, dijangka memperkukuh industri hiliran sawit serta merancakkan sektor pembuatan di Kelantan.