Terdapat 1734 berita berdasarkan kata kunci carian " meningkat"

Penerbangan Pulau Pinang-Jinan Sasar Pengukuhan Sambungan Udara Dengan Utara China

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang sedang meninjau kemungkinan melancarkan penerbangan terus antara Pulau Pinang dan Jinan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan hubungan udara dengan utara China selain memperluaskan jangkauan pasaran pelancongan negeri itu.

Iran Buka Ruang Bincang Bekalan Minyak Dengan Malaysia Susulan Pengecualian AS - Duta

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengecualian sementara selama 60 hari bagi jualan minyak mentah Iran dalam pasaran global membuka peluang untuk Iran dan Malaysia memperkukuh kerjasama ekonomi terutama dalam sektor tenaga.

Kerjaya Prospek Dapat Kontrak Pembinaan RM488.40 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Korea Selatan Menerusi Delegasi Terbesar KIE

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan kehadirannya di pasaran Korea Selatan dengan penyertaan terbesarnya di Ekspo Import Korea (KIE) 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

HSS sasar Pertumbuhan Di Asia Tenggara Didorong Permintaan Meningkat Untuk Produk Bakeri Halal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah disebabkan aktiviti pengambilan berterusan diterajui oleh saham produk perindustrian, hartanah, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.

BNM, SC Adakan Mesyuarat Sulung Panel Penasihat MIFC Perkasa Agenda Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengadakan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) semalam.

Kerajaan Kaji Kesesuaian Laksana Biodiesel B50, Ambil Kira Kos Naik Taraf Depoh

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan menilai dan mengkaji kesesuaian pelaksanaan biodiesel B50 berikutan wujud keperluan menaik taraf depoh pengadunan sedia ada secara menyeluruh yang dijangka melibatkan kos tinggi, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan aktiviti pembelian saham murah walaupun pretasi Wall Street bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Damai Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan rundingan damai di Asia Barat telah menunjukkan kemajuan, kata seorang penganalisis.

Indonesia Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi 26.34 Trilion Rupiah Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Indonesia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 26.34 trilion rupiah (1 juta rupiah=RM231.2) pada separuh kedua 2026 yang turut merangkumi insentif pengangkutan, program penggajian dan langkah bantuan makanan.