BERITA TERKINI   PISA 2025: Pelajar Malaysia melaporkan tahap sokongan guru yang tinggi, lebih perhatian diperlukan dalam sokongan keluarga untuk pendidikan - OECD | Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas berdekatan Long Lellang STOLport, Sarawak hari ini - CAAM | Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang disambung semula. | Kontinjen Malaysia sasar enam emas, 10 perak dan 18 gangsa di Sukan Para Asia Aichi Nagoya 2026 - CDM | Kontinjen Malaysia sasar enam emas, tujuh perak dan 20 gangsa di Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 - CDM | 

Terdapat 214 berita berdasarkan kata kunci carian " kapasiti"

Malaysia Mampu Sumbang Sehingga 20 Peratus Kepada Kapasiti RE Gentari Dalam Lima Hingga 10 Tahun

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menjangkakan Malaysia akan menyumbang antara 10  dan 20 peratus daripada kapasiti tenaga boleh baharu (RE) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, disokong oleh prospek pertumbuhan domestik yang lebih kukuh termasuk dasar kerajaan yang menyokong.

Harga Bahan Api Tinggi, Syarikat Penerbangan Digesa Teliti Keuntungan Laluan -- Alton

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat penerbangan perlu melaksanakan analisis sensitiviti bahan api peringkat laluan masing-masing untuk mengenal pasti laluan yang tidak menguntungkan di bawah beberapa senario harga bahan api yang berbeza.

Moody’s Naikkan Unjuran Malaysia Pada A3 Stabil, Dipacu Pertumbuhan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.

Lonjakan Malaysia Dalam Ranking Daya Saing Dunia Bukti Kekukuhan Asas Ekonomi Negara

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara.

Winner Sky Tech Buka Fasiliti Di Batu Kawan, Pelaburan Komited Berjumlah RM70 Juta

BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.

Malaysian Re, China Re Life Tandatangani Perjanjian Bersejarah Bagi Perlindungan Rawatan Kanser

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dan China Reinsurance Life Insurance Company Ltd (China Re Life) menandatangani perjanjian insurans semula untuk menyokong rangka kerja insurans semula yang pertama bagi perlindungan rawatan perubatan ketepatan kanser (CPM) di Malaysia.

ASEAN, SCO Perlu Gembleng Sumber Tangani Jenayah Rentas Sempadan, Kerjasama Tenaga -- PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) — ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu bekerjasama menggembleng sumber masing-masing bagi menangani jenayah rentas sempadan selain memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Perlu Rangka Undang-undang, Regulasi Kukuh Sebelum Teroka Kuasa Nuklear – Persatuan Nuklear Sedunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.

Pembangunan AI Perlu Bergantung Pada Rangkaian Rakan Strategik Dipercayai – Pakar

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Negara yang berhasrat membangunkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) perlu menyesuaikan diri dengan pakatan baharu, kawalan baharu serta rangkaian rakan kongsi yang dipercayai memandangkan teknologi itu semakin menjadi isu geopolitik, kata seorang pakar hari ini.

Cuaca Ekstrem, Bencana Alam Jadi Risiko Utama Sektor Pembinaan Dalam Lima Tahun Akan Datang

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.

Ledakan AI Buka Peluang Pertumbuhan PKS Pulau Pinang -- MSIA

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perkembangan ledakan kecerdasan buatan (AI) turut membuka peluang besar bagi pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pulau Pinang, terutama bidang yang menyokong rantaian nilai semikonduktor, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

HLIB: Permintaan Perjalanan Kukuh, Kos Bahan Api Menurun Pacu Pemulihan Airasia X

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) muncul antara kaunter paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pada awal dagangan hari ini, dengan penganalisis mengekalkan saranan “beli” berikutan jangkaan pemulihan kukuh pada suku kedua 2026, disokong permintaan perjalanan yang terus teguh serta tekanan kos yang semakin reda.