BERITA TERKINI   Penempatan PDRM di pasukan Keselamatan Penerbangan dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan segera di lapangan terbang - Fahmi | MITI cari pendekatan terbaik bagi cadangan levi EV untuk imbangi keperluan infrastruktur pengecasan dengan kepentingan awam - Johari Ghani | PM Anwar arah KESUMA segera uruskan 15,000 permohonan pekerja asing bagi penuhi keperluan tenaga kerja -- Fahmi | MAG diarah semak semula protokol saringan latar belakang, kesihatan juruterbang dan pembantu - Fahmi | 

Moody’s Naikkan Unjuran Malaysia Pada A3 Stabil, Dipacu Pertumbuhan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.

Dalam kenyataannya, agensi penarafan kredit itu memaklumkan penerimagunaan AI dan penyusunan semula rantaian bekalan yang berterusan, akan mewujudkan peluang bagi pertumbuhan produktiviti lebih kukuh di Asia Pasifik bagi jangka masa yang panjang.

“Sejajar dengan peningkatan penerimagunaan AI, pelaburan dalam pusat data juga semakin pesat di Asia Pasifik, khususnya di Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan India.

Ad Banner

“Pusat data ini dalam proses dibangunkan bagi memenuhi permintaan domestik yang kukuh selain mengatasi kekangan kapasiti di hab serantau seperti Singapura,” menurutnya.

Moody’s juga menyifatkan usaha penyusunan semula rantaian bekalan global ketika ini akibat ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan tarif, turut membuka peluang di rantau itu terutama bagi negara-negara Asia Tenggara yang berorientasikan eksport.

“Pelaburan asing ke Vietnam, Malaysia dan Thailand adalah kukuh dengan firma-firma antarabangsa menempatkan sebahagian daripada pengeluaran di negara-negara ini untuk tujuan pempelbagaian dari China.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, sejauh mana aliran masuk pelaburan ini dapat diterjemahkan kepada pulangan produktiviti yang berterusan dan pengeluaran dengan nilai tambah tinggi, bergantung kepada penambahbaikan infrastruktur, bekalan tenaga serta kemahiran pekerja,” menurutnya.

Mengulas hutang kerajaan, Moody’s berkata trajektori hutang Malaysia dijangka secara amnya kekal stabil, disokong oleh hasil berkaitan tenaga meskipun manfaat itu sebahagiannya akan terhakis akibat subsidi lebih tinggi serta peningkatan kos pinjaman.

Berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, Moody’s berkata pertumbuhan nominal dan pilihan dasar fiskal kerajaan juga dijangka membantu mengawal paras hutang di Indonesia dan Filipina, walaupun risiko terhadap pertumbuhan ekonomi dan prospek fiskal makin meningkat.

Bagi Thailand, hutang negara itu diunjur terus meningkat berikutan prospek pertumbuhan yang lebih lemah serta pelaksanaan rangsangan fiskal baru-baru ini yang bersamaan kira-kira dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-- BERNAMA