BERITA TERKINI   Institusi pondok perlu didedahkan kepada AI yang berpotensi besar sebagai alat dakwah dan pembangunan umat Islam - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, disiplin masing-masing - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, displin masing-masing - PM | Kerajaan akan bantu perkemas, martabat institusi pondok termasuk kemudahan fizikal, disiplin ilmu dan pengajian baharu - PM | Op Fella: SPRM rakam keterangan bekas Pengerusi Felda Isa Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept - KP SPRM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan 

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan harga minyak yang tinggi terus memberikan tekanan kepada minat risiko global, kata penganalisis.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, bagaimanapun ciri defensif pasaran itu mungkin mengurangkan kesan daripada kelemahan indeks saham serantau yang mempunyai pemberat tinggi dalam sektor teknologi.

“Pelabur dijangka menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap sektor yang menawarkan pendapatan lebih berdaya tahan serta mempunyai pendedahan kepada pasaran domestik atau komoditi,” katanya melalui kemas kini beliau mengenai pasaran harian dalam WhatsApp Channels.

Ad Banner

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah minggu ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang lebih lemah.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak September 2026 susut 23.5 mata kepada 1,643.0, Oktober 2026 turun 24 mata kepada 1,642.5, Disember 2026 berkurangan 23.5 mata kepada 1,649.5 manakala Mac 2027 merosot 22 mata kepada 1,635.0.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 27,714 lot daripada 31,378 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 48,164 kontrak pada Jumaat daripada 46,188 kontrak pada minggu sebelumnya.

Ad Banner

Sepanjang minggu lepas, FBM KLCI susut 21.18 mata dengan ditutup pada 1,665.56 mata semalam.

-- BERNAMA