1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Reformasi Lembaga Tabung Haji (TH) mula menunjukkan hasil apabila prestasi pelaburan serta agihan keuntungan institusi berkenaan bertambah baik, dengan kadar agihan meningkat kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.
1bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan sebanyak 4.50 peratus dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75 peratus yang menelan perbelanjaan sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencadangkan bonus yang diberi kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties berjumlah RM2.19 juta ditarik balik memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima pakai dan melaksanakan 75 peratus syor daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menambah baik tadbir urus dan kesejahteraannya, dengan cadangan selebihnya sedang berjalan.