BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet angkat berat Siti Aqilah Farhana Draman menang pingat perak +86kg wanita | Siasat hasil laporan RCI TH dengan telus, jangan lindungi pihak bersalah - PM Anwar | Mendedahkan laporan RCI TH bukan isu politik picisan tetapi tanggungjawab pelihara kepentingan umat Islam - PM Anwar | Kempen Internet Selamat diperluas ke kawasan luar bandar, tingkat pemahaman rakyat secara menyeluruh - Fahmi | Pendedahan laporan RCI TH bukan strategi PRN, Kabinet sebulat suara setuju laporan didedah - Fahmi | 

Sesi Sidang Khas Parlimen Bincang RCI Tabung Haji Pada 11 Ogos - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah membincangkan mengenai sidang khas itu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

“Perkara ini akan dibawa ke Parlimen pada 10 pagi, 11 Ogos, dan sesi berkenaan akan berlangsung sehingga petang,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank di sini hari ini.

Ad Banner

Laporan RCI mengenai TH yang diterbitkan semalam mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020, pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik disenaraikan.

RCI mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA