BERITA TERKINI   Kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi telah dibuka dan masih dalam proses siasatan -- Saifuddin Nasution | KDN nilai tawaran kapal ronda luar pesisir kedua daripada Ex-United States Coast Guard (USCG) berdasarkan kelayakan belayar, kos baik pulih - Saifuddin | Kadar elaun anggota RELA RM8 sejam akan disemak kepada kadar lebih munasabah -- Saifuddin Nasution | Pasukan Petugas Pusat Data telah menerima lebih 40 permohonan untuk mewujudkan atau memperluas operasi di Malaysia tahun ini - MITI  | Seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, manakala usaha mendapatkan kepastian mengenai status setiap individu masih diteruskan - Wisma Putra | 

MOF Laksana Jelajah Belanjawan Dapatkan Input Industri, NGO Dan Rakyat - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menjalankan Jelajah Belanjawan ke seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata jelajah itu bertujuan memahami dengan lebih dekat keperluan sektor-sektor penting di setiap negeri, selain mendapatkan input daripada pihak yang terkesan secara langsung dengan dasar dan peruntukan kerajaan.

“Kita pergi ke tiap-tiap negeri di Malaysia ini untuk memahami industri yang penting,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama Al-Mashoor (Perempuan) di sini hari ini.

Ad Banner

Beliau berkata Pulau Pinang merupakan antara lokasi Jelajah Belanjawan berikutan peranan penting negeri itu dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.

Katanya sektor peranti perubatan turut menjadi antara fokus jelajah di Pulau Pinang memandangkan Malaysia antara negara yang maju dalam industri itu dan mengeksport pelbagai peralatan perubatan ke luar negara.

“Ini antara sektor yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan potensi untuk meningkatkan tahap penggajian dalam negara kerana mencipta pekerjaan yang lebih baik di sini,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Amir Hamzah berkata sebelum Pulau Pinang, Jelajah Belanjawan turut diadakan di Sabah dan Perak bagi mendapatkan pandangan daripada pemain industri termasuk dalam sektor ekonomi biru dan automotif.

Katanya semua pandangan yang diterima daripada sesi kumpulan fokus dan pertemuan dengan pihak berkepentingan akan diteliti kerajaan, dengan sebahagiannya dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam belanjawan manakala cadangan lain akan dikaji dan dibincangkan bersama kementerian serta agensi berkaitan.

“Fokus kumpulan dalam belanjawan ini banyak menyumbang untuk meningkatkan kualiti belanjawan kerana kita bukan sahaja melihat dari segi kementerian dan agensi tetapi cadangan daripada industri, NGO dan rakyat.

“Ini bagi memastikan belanjawan kita padat dan merangkumi semua sektor,” katanya.

-- BERNAMA