BERITA TERKINI   Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - JPNS | Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | 

Sektor Perladangan, Penjagaan Kesihatan, Produk Pengguna Tarik Aliran Masuk Asing RM263.7 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Sektor perladangan, penjagaan kesihatan serta produk dan perkhidmatan pengguna telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM263.7 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Sektor perladangan mencatatkan aliran masuk tertinggi sebanyak RM117 juta, diikuti penjagaan kesihatan (RM101.5 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM45.2 juta).

Sebaliknya, sektor perkhidmatan kewangan, pembinaan dan teknologi mencatatkan jumlah aliran keluar asing bersih sebanyak RM333.8 juta, menurut MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana mingguan bagi minggu berakhir 11 Sept 2026. 

“Institusi asing kekal sebagai penjual bersih untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM160.3 juta, selepas menjadi penjual bersih pada tiga daripada lima hari dagangan pada minggu itu.

“Aliran keluar tertinggi berjumlah RM207.1 juta dicatatkan pada Jumaat lepas,” menurutnya.

Ad Banner

Selain itu, institusi tempatan menamatkan trend belian bersih selama enam minggu berturut-turut, dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM127.4 juta.

Sementara itu, pelabur runcit meneruskan trend belian bersih mereka bagi tempoh tiga minggu berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM287.7 juta.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatatkan penurunan secara menyeluruh, dengan pelabur runcit menurun 6.4 peratus, institusi tempatan (9.6 peratus) dan institusi asing (20.2 peratus).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA