Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.
Pada 9.50 pagi, kontrak September 2026 menurun 2.0 mata kepada 1,664.5, Oktober 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,664.0, Disember 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,670.0 dan Mac 2027 menyusut 4.0 mata kepada 1,653.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,745 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,721 kontrak.
Pada 9.56 pagi, FBM KLCI menurun 1.57 mata kepada 1,688.72 daripada 1,686.74 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA