1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun seperti dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan dan meningkatkan keyakinan pendeposit.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memperkukuh aspek kelestarian institusi bagi memastikan ia bukan sahaja mampu bertahan dalam jangka panjang, malah mempunyai struktur tadbir urus, pengurusan risiko dan strategi pelaburan yang kukuh untuk melindungi kepentingan pendeposit.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) hampir kecundang akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.