BERITA TERKINI   Sindiket penipuan dalam talian beroperasi di Forest City tumpas, 335 individu termasuk 309 warga China ditahan dengan rampasan RM1 juta - Polis | PRN NS: Sebanyak 86.40 peratus pengundi selesai undi awal setakat 2 petang - SPR | Untung bersih Nestlé Malaysia melonjak 38.3 peratus kepada RM155.02 juta bagi suku kedua manakala perolehan naik 8.7 peratus kepada RM1.81 bilion | PRN NS: Undi awal rekod 80.79 peratus setakat 1 tengah hari - SPR | PRN NS: Undi awal rekod 68.85 peratus setakat 12 tengah hari - SPR | 

Terdapat 24 berita berdasarkan kata kunci carian " lateks "

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan jangkaan kilang tayar baharu di Selangor. 

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun sedikit pada minggu depan dipengaruhi oleh ketidaktentuan geopolitik susulan kebuntuan perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Pasaran Getah Meningkat Semula Susulan Kenaikan Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan berikutan hujan lebat di Thailand dan amaran ribut tropika.

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Tiada Bayaran Insentif Pengeluaran Getah Untuk Jun 2026 -- LGM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tiada bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibuat kepada pekebun kecil getah pada Jun 2026 memandangkan purata harga bulanan ladang untuk getah sekerap kekal melebihi ambang pengaktifan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Susulan Bekalan Kembali Kukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Bagi Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Untung Bersih Suku Ketiga Top Glove Melonjak Kepada RM80.98 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd, mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersihnya kepada RM80.98 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM34.74 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Harga SMR 20 Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh Sembilan Tahun Susulan Bekalan Terhad

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa sekali gus mendorong harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, menurut peniaga

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.