1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan prestasi kukuh bagi suku kedua tahun kewangan 2026, dengan untung bersih meningkat 13.2 peratus kepada RM89.03 juta berbanding RM78.66 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disokong pertumbuhan hasil sewaan serta prestasi stabil aset hartanahnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- AME Real Estate Investment Trust (AME REIT) membeli tiga lot tanah perindustrian pegangan bebas yang masih kosong dengan keluasan keseluruhan 3.59 hektar di i-Park @ Senai Airport City, Johor, bernilai RM50.2 juta, merupakan pembelian pertama melibatkan pihak ketiga sejak penyenaraiannya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal antara yang paling aktif di Asia Tenggara serta terus menerajui rantau ini dari segi jumlah dana IPO yang dikumpul dan bilangan penyenaraiannya, menurut Laporan Tinjauan Pertengahan Tahun IPO Asia Tenggara 2026 oleh Deloitte.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pemegang Amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan City-Link Express (M) Sdn Bhd bagi membeli sebuah pusat pengedaran yang digunakan sepenuhnya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada harga RM128 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.