BERITA TERKINI   Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | Perdana Menteri minta KPDN, Kementerian Komunikasi melalui MCMC ambil tindakan berkait penipuan dalam platform e-dagang - Fahmi | Jemaah Menteri bersetuju Rang Undang-Undang Pindaan AUKU dibentang di Parlimen pada Disember ini - Fahmi | CSA tidak terbatas, terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk tandatangan - Fahmi | CSA merupakan satu perkembangan positif terhadap kestabilan politik negara, mencerminkan semangat kebersamaan - Fahmi | 

Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian "bayaran"

Kewangan Islam Berkembang Melalui Inovasi Berteraskan Matlamat Memacu Impak Ekonomi, Sosial - Gabenor BNM

Oleh M.Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.

MAG, CITI Umum Kemudahan Pembiayaan Perdagangan US$75 Juta Bagi Perkukuh Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.

Baki Beban Kewangan Bersih Ditanggung Kerajaan Berkaitan 1MDB Dianggar RM20.1 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.

Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.

Penangguhan Pembayaran Balik Dilanjutkan Kepada Mangsa Banjir Nepal-China -- BNM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penangguhan pembayaran balik kini diperluaskan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China, baru-baru ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).