Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian "memeterai"

Petronas, TotalEnergies Dan Mitsui Meterai JVA Bangunkan Kawasan Penyimpanan Karbon Di Hab Selatan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), bersama TotalEnergies EP CCS Malaysia dan Mitsui & Co Ltd menandatangani perjanjian usaha sama (JVA) untuk membangunkan kawasan penyimpanan CO2 di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Unit Harbour-Link Peroleh Dua Kapal Kontena Bernilai RM56.68 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Harbour-Link Lines Sdn Bhd iaitu anak syarikat 85 peratus milik Harbour-Link Group Bhd (Harbour-Link Group) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan dengan Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd untuk memperoleh dua kapal bernilai RM56.68 juta. 

KUSKOP Perkukuh Kawal Selia e-Dagang Asing, Lindungi Kepentingan PMKS Tempatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).