Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian "pengeluaran"

Orgabio Sasar Peluang Dalam Segmen Minuman Sihat Meskipun Kos Pembuatan Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kos pengeluaran bagi formulasi minuman yang lebih sihat boleh meningkat lima hingga 10 peratus, namun Orgabio Holdings Bhd melihat peluang dalam segmen ini memandangkan kebanyakan pemilik jenama mahukan produk yang memenuhi pilihan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas niaga hadapan getah serantau menunjukkan pengukuhan yang menyokong sentimen tetapi telah diimbangi oleh permintaan yang lemah daripada sektor pembuatan tayar China, menurut seorang peniaga.

Kerajaan Sedang Muktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli, Jamin Bekalan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.