1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan mendorong Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 5.4 peratus tahun ke tahun daripada 4.6 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia bagi 2026 kekal kukuh, dengan mengekalkan jangkaan pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1.6 peratus pada 2025.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) pada separuh pertama 2026 (S1 2026), iaitu peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank-bank pelaburan kekal positif terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan menjangkakan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dalam julat 4.8 hingga 5.4 peratus.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia suku kedua 2026 yang lebih kukuh, sekalig gus memberi sokongan terhadap mata wang tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 buat masa ini dan kekal yakin bahawa pertumbuhan dijangka mencapai kira-kira lima peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia mencatatkan lebihan RM10.8 bilion pada suku kedua 2026, terutamanya disokong peningkatan ketara lebihan Akaun Barangan kepada RM40.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 25 syarikat telah menyatakan minat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang (Dana CM), dengan lima daripadanya sedang menjalani proses penilaian.