BERITA TERKINI   ACLE: Ratchaburi FC 1-1 JDT | Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia di HKL pada 6.10 petang tadi - Anak | 

Terdapat 891 berita berdasarkan kata kunci carian "m"

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Perkembangan Berkaitan Nvidia Tingkatkan Sentimen

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman susulan perkembangan berkaitan kepimpinan Nvidia meningkatkan sentimen terhadap saham teknologi di bursa tempatan.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Kebanyakannya Kukuh Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama tetapi tidak banyak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, ini berikutan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah beberapa kali tahun depan terus menyokong mata wang itu.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga TH Plantations Meningkat Kepada RM35.82 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah Di Tengah-tengah Permintaan Eksport Yang Lembap

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi dengan harga minyak sayuran yang lemah, permintaan eksport yang lembap dan kebimbangan mengenai paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi, kata seorang peniaga. 

Pemegang Saham Public Financial Holdings Lulus Skim Penswastaan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pemegang saham Public Financial Holdings Ltd (PFHL) hari ini meluluskan skim penyusunan di bawah cadangan penswastaan syarikat itu oleh Public Bank Bhd.

OCK Group Beli Kepentingan Ekuiti Dalam Unit Edotco Dengan Bayaran Awal RM327.8 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).

Konsortium Diketuai Macquarie Ambil Alih Menara Edotco Asia Pasifik Bernilai US$1.2 Bilion

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 23 Nov (Bernama) -- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Macquarie Asset Management (MAM) pada Isnin memeterai perjanjian mengikat bagi mengambil alih perniagaan menara telekomunikasi antarabangsa Edotco Group Sdn Bhd di lima pasaran Asia Pasifik bernilai US$1.2 bilion (US$1=RM4.12).

iCents Group Raih Tiga Kontrak Bernilai RM85.69 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya VC Engineering Sdn Bhd dan Maytech Cleanroom Manufacturing Sdn Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai keseluruhan RM85.69 juta dalam sektor pusat data dan semikonduktor.

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

MRO Aeroangkasa Jana Hasil RM13 Bilion Pada 2025, Kerajaan Tambah Baik Insentif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.