Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian "perdagangan dua hala"

Anwar Tiba Di New Delhi Untuk Hadiri Sidang Kemuncak BRICS

Daripada M. Saraswathi

NEW DELHI, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.

JS-SEZ: Penyelarasan Peraturan, ‘Jendela Tunggal’ Penting Lancarkan Perdagangan

Daripada Mohamad Syazwan Mustafa

SINGAPURA, 4 Sept (Bernama) -- Pewujudan sistem perdagangan sehenti dan penyelarasan piawaian kawal selia antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah penting untuk memastikan integrasi rentas sempadan yang lancar serta merealisasikan sepenuhnya potensi ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut pemimpin industri logistik ekspres.

Perdagangan Dua Hala Malaysia, Indonesia Berpotensi Berkembang Lebih Kukuh - Johari

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia berpotensi besar untuk mengembangkan perdagangan dua hala melangkaui RM114 bilion yang dicatatkan tahun lepas sekiranya kedua-dua negara dapat memperkukuh lagi pemudahan perdagangan dan menambah baik pergerakan barangan rentas sempadan.

Sasaran Perdagangan Malaysia-Thailand US$30 Bilion Di Landasan Tepat, Fokus Atasi Isu Dokumentasi Sempadan

BANGKOK, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Thailand berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai US$30 bilion tahun depan, didorong oleh prestasi kemajuan yang positif dalam tempoh lapan bulan pertama 2026.

Perdagangan Malaysia-Jepun Naik 11.8 Peratus Kepada US$23.3 Bilion Pada Jan-Julai 2026 - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Sept  (Bernama) -- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun meningkat 11.8 peratus kepada US$23.3 bilion (US$1=RM4.03) bagi tempoh tujuh bulan pertama 2026 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.