3bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perkembangan ledakan kecerdasan buatan (AI) turut membuka peluang besar bagi pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pulau Pinang, terutama bidang yang menyokong rantaian nilai semikonduktor, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), melancarkan Program Bersepadu Bandar Mampan (SCIP) GEF-8 di Selangor.
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, June 16 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai kerjasama strategik dengan Kerajaan Bandar Taoyuan di Taiwan untuk bersama-sama memajukan kolaborasi industri, memperkukuh pembangunan bakat dan meningkatkan daya saing ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah melancarkan Program Pemecut Triple (Tiga) Selangor 2026 menerusi pengenalan segmen Token-X baharu untuk untuk syarikat pemula niaga aset digital, rantaian blok dan Web3.
3bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AirBorneo mula memaparkan peningkatan operasinya selepas pesawat yang terjejas kembali berkhidmat ketika usaha memulihkan keadaan masih diteruskan susulan gangguan penerbangan di Sarawak dan Sabah.
3bulan ago
SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.