3bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUANTAN, 19 Jun (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menjangkakan Malaysia akan menyumbang antara 10 dan 20 peratus daripada kapasiti tenaga boleh baharu (RE) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, disokong oleh prospek pertumbuhan domestik yang lebih kukuh termasuk dasar kerajaan yang menyokong.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara.
3bulan ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd memperoleh kontrak daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) untuk membekalkan komponen automotif bagi model baharu Proton.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatat lonjakan memberangsangkan apabila naik lapan anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 daripada 70 ekonomi dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh International Institute for Management Development (IMD), sekali gus merekodkan pencapaian terbaik negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah.
3bulan ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, khususnya Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
3bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dasar normalisasi berterusan Bank of Japan (BOJ) berkemungkinan memberi impak lebih besar terhadap pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.